Cara Semak Insuran Kereta & Cara Perbaharui

Posted on

Cara Semak Insuran Kereta & cara Perbaharui yang perlu korang tahu, teruskan baca artikel ni supaya korang fahamn macam mana cara semak insuran kereta.

Penting la kita pastikan insuran kereta korang sentiasa aktif dan up-to-date. Sebab dia akan melindungi korang daripada risiko dan kos yang tinggi dalam kes kemalangan atau kejadian tak dijangka.

semak insuran kereta tu senang je. Kita akan tunjukkan cara-cara yang mudah dan cepat untuk korang buat semakan sendiri.

Tak payah la nak tunggu atau call orang lain, korang boleh buat sendiri dengan beberapa langkah mudah.

Kita akan berikan tips dan panduan yang berguna supaya korang boleh semak insuran kereta korang dengan mudah.

Jom, kita mulakan Cara Semak Insuran Kereta & Cara Perbaharui!

Apa Itu I-Search?

Apa Itu I-Search
Apa Itu I-Search

I-Seach ialah satu servis cara semak insuran kereta yang korang boleh gunakan melalui laman web MyCarInfo.

Dalam MyCarInfo ni, korang boleh dapatkan maklumat tentang kereta yang korang cari, dan salah satu daripada tujuan servis ni ialah i-search, untuk cari maklumat tentang syarikat insurans yang pernah dan sedang bagi perlindungan pada kereta tu.

Dengan menggunakan aplikasi ni, korang boleh dapatkan info tentang syarikat insurans, tempoh polisi, jenis perlindungan dan lain-lain dengan hanya beberapa klik je.

Jadi korang tak perlu resah macam mana semak harga insurans kereta, sekarang kamu boleh semak insurans kereta online yang mudah.

Baca Juga: Panduan Tekanan Angin Tayar Kereta

Cara Semak Insuran Kereta

Cara Semak Insuran Kereta
Cara Semak Insuran Kereta

Ni cara nak check cara semak insurans kereta korang online je. So tak perlu la korang nak rushing pergi mana-mana syarikat insurans nak uruskan benda ni. Step yang korang kena buat ialah:

  1. Layari laman web
  2. Klik pada menu SERVICES pada bahagian atas paparan
  3. Pilih pilihan I-SEARCH
  4. Tekan pada buat pilihan Plan anda dan tekan butang Go
  5. Jika plan Free, anda tidak perlu sign in. Cuma, sila masukkan butiran seperti diminta :
    • Nomor pendaftaran kenderaan
    • Nama
    • Emel
    • Pengesahan Emel
  1. Klik pada kotak Yes, I have read and understood the Terms & Conditions and Privacy Notice.
  2. Kemudian, klik butang Enquire.
  3. Paparan akan menunjukkan informasi mengenai tarikh insurans anda masih aktif atau tidak, syarikat insurans dan jenis yang diambil.

Jadi itulah cara check insurance kereta pada web MyCarInfo, bukan sahaja pilihan free terdapat pilihan comprehensive yang terdapat 1 credit yang pasti terdapat keuntungan, namun korang perlu sign in ke web.

Cara Jimat Perbaharui Insuran Kereta

Cara Jimat Perbaharui Insuran Kereta
Cara Jimat Perbaharui Insuran Kereta

Nak cari cara nak jimat duit renew insuran kereta? Cuba la guna servis Maybank Etiqa ni. Servis ni boleh tolong korang jimat at least 10% dari harga premium asas.

Bila premium korang besar, jimat pun besar la.Servis insuran online ni tak terikat dengan pilihan insuran syarikat kereta mana-mana, tapi ada banyak kebaikan.

Ada kalkulator insuran yang senang nak kira bayaran, dapat rebat 10% terus-terusan, dan senang nak guna.

Dalam laman web tu, ada kalkulator yang boleh tunjukkan berapa bayaran premium selepas tolak NCD.

Korang boleh dapat maklumat bayaran dengan jelas tanpa ada prejudis.

Lepas korang masukkan maklumat kereta, premium, dan NCD, korang akan dapat rebat terus-terusan. Rebat tu akan dikurangkan terus dari jumlah bayaran.

Kalau korang guna kad kredit CIMB, dapat tambahan 5% rebate pada akhir bulan lagi.

Selain tu, kalau guna servis ni, senang je urusan korang. Tak payah buang masa and jimat minyak sebab tak perlu pergi JPT atau bayar komisyen kat runner nak renew insurans.

Asalkan ada internet, kat mana-mana pun boleh buat semua ni dengan senang hati. Jika tidak ingin memperbaharui cukai jalan di pos ofis, Anda boleh meminta penghantaran cukai jalan dari MyEG ke rumah dengan bayaran tambahan.

Baca Juga: Cara Cek Minyak Hitam Kereta

Jadi, itulah beberapa langkah mudah cara semak insuran kereta korang. Ingat, penting untuk sentiasa memastikan bahawa insuran kereta korang sentiasa aktif dan dalam keadaan yang baik.

Korang boleh memastikan perlindungan yang mencukupi untuk diri korang dan kenderaan korang.

Banyak cara yang mudah dan cepat cara semak insurans kereta tu. Jadi, korang takde alasan untuk tak buat semakan dan pastikan insuran korang sentiasa up-to-date.

Leave a Reply